Powered By Blogger

Friday, 2 November 2012

JOM JADI POPULAR

Siapa yang tak nak jadi popular, memang aku rasa kebanyakan orang inginkan populariti. Di sini aku da buat list special untuk korang semua...


1. Libatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

 Contohnya Kelab, Persatuan, Sukan. Melalui cara ni, lebih ramai akan mengenali anda dan tunggulah anda akan merasa seperti artis apabila ditegur oleh rakan2 anda di merata tempat yang anda pergi.

2. Mudah senyum dan tidak berat mulut. 

Tegurlah atau senyumlah kepada sesiapa sahaja sama ada anda kenal ataupun tidak. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yang peramah dan mudah untuk bergaul.

3. Jaga penampilan diri.

 Ini  merupakan faktor yang perlu dititik beratkan kerana lumrah manusia untuk mendekati org yang bersih, kemas dan terurus. Elakkan daripada berpakaian selekeh dan berbau.

4. Sentiasa bersikap positif. 

Jangan bersikap lemah dan mudah mengalah, yakinlah anda boleh melakukan suatu perkara dengan cemerlang tanpa ada perasaan negatif. Orang ramai suka kepada mereka yang mempunyai pemikiran yang positif !