
· Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
·
Gunakan
sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau
menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai'
untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu
bahagia menerimanya.
·
Berkongsilah
masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka
akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
·
Jangan
kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka
sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun.
Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka
akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
·
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan
kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada
halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an
kamu!.
·
Pujuklah
mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika
ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.
·
Jangan
kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
·
Berbincanglah
kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
·
Jangankamu
menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya
dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang
tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi
contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan
kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
·
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat
amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka
memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan
sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat
kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal
.Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran,
toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka
sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir
secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka
SAYANGkan kamu!
No comments:
Post a Comment