Powered By Blogger

Tuesday, 14 May 2013

Solat Dhuha


Assalamualaikum

Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.

2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Bacaan selepas solat Dhuha


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, 4 March 2013

Rahsia surah Al Fatihah






Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
a. Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki
Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.
3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.
4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.
Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.
Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.
Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Al Ahqaf: 29)
Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah
Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.
Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.
Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.
Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.
Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.
Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Friday, 11 January 2013

Liu Bolin “Invisible Man” China

Liu Bolin merupakan seorang artist “invisible art” art yang berasal dari China. Dia telah menontonkan karyanya di Eli Klein Art Gallery di New York. 





Wednesday, 9 January 2013

PESAWAT ANGKASA SUBORBITAL codename M-R2D2-X



The Space Tourism Society Malaysia Chapter, Swiss Propulsion Laboratory dan Project Enterprise telah memeterai perjanjian Certificate of Cooperation di Langenthal, Switzerland pada 9 May 2009, untuk bersama-sama membangunkan rocketplane M-R2D2 (Malaysian Research for Rocketplane Design & Development) program terutamanya dalam penyelidikan sains dan pelancongan angkasa lepas.

Pesawat ini dijangka dapat diterbangkan selewat-lewatnya 15 tahun dari sekarang.

"Sehingga kini ahli kumpulan ini sudah berjumlah lebih kurang 60 orang terdiri dari ahli akademik (termasuk 5 orang professor) dan juga industri. Universiti yang terlibat adalah UPM, UPNM(Universiti pertahanan), UKM, UITM, UTM, UIA, UTP dan MIAT (UniKL). Sementara dari industri, sokongan kuat datangnya dari CTRM, ACMSB dan beberapa lagi syarikat swasta dalam bidang berkaitan aerospace di Malaysia. Ia telah mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pertahanan sendiri termasuk STRIDE (Unit R&D bagi KEMENTAH). Beberapa pilot TUDM juga telah menawarkan diri bagi menerbangkan pesawat ini nanti."

Jet ini menggunakan konsep guna semula sepenuhnya dengan kombinasi enjin jet dan roket dalam pembangunan prototaip pesawat angkasa suborbital ini. Konsep ini membolehkan prototaip pesawat ini berlepas secara mendatar menggunakan enjin jet dan menggunakan enjin roket untuk terbang menegak. Prototaip ini kemudiannya boleh meluncur turun tanpa penggunaan enjin, tetapi enjin jetnya boleh dihidupkan sekiranya perlu untuk tujuan keselamatan.

Jet ini boleh digunakan untuk membawa pemimpin utama negara keluar dari kawasan bahaya apabila berlaku serangan nuklear, biologi atau kimia dalam tempoh yang singkat kerana pesawat ini berkemampuan untuk sampai ke ruang angkasa dalam tempoh 15 minit sahaja. Satu cadangan telah dikemukakan bagi menghasilkan pesawat yang boleh berlepas dari tasik di Putrajaya sepertimana kebanyakan pesawat terbang di zaman awal penerbangan dulu.

Jet ini boleh digunakan untuk misi keselamatan negara kerana ketinggian paras penerbangannya melebihi paras jangkauan peluru berpandu antipesawat udara dan pesawat pejuang pemintas serta membolehkannya memainkan peranan efektif dalam misi pengintipan dan pemusnahan satelit musuh.

Sejarah Freemason di Malaysia

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli.

walaupun ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapakdi Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya,mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan.
Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry diMalaysia.

Antara bukti kewujudan Freemasonry adalah;
1.Gerakan Sisters In Islam
2.Agama Kerajaan Langit Ayah Pin
3.Fahaman Sosialisme dan Komunisme
3.Freethinkers
4.Islam Liberal
5.Gereja antiKhatolik (tidak semua)
6.Sistem politik demokrasi British
Fremasonry adalah gerakan rahsia Yahudismeuntuk menghancurkan agama-agam dan bangsa lain di dunia untukmenjadikan
bangsa Yahudi sebagai penguasa tunggal dunia.


Baik Islam,Kristian,Hindu atau sebarang agama sekalipun,Freemasonry akan cuba
menyerap kedalamnya dan merosakkan nilai-nilai baik setiap agama.
'jew is threat to human civilization' Zionisme dan Freemasonry adalah nadi yahudi hari ini dan
formula mereka mewujudkan negara Israel Raya.

Israel Raya bukan hanya sekitar Gaza...tetapi seluruh dunia.
'Bangsa-bangsa lain hanyalah haiwan peliharaan kaum yahudi'
Maka tiada satu bangsa pun akan terlepas daripada mata Zionisme 'the all seen
eyes'...walau sekecil mana
sekalipun...termasuk bangsa Melayu.

Sejarah di Malaysia.
Sekitar tahun 1930 - 1950 Freemason pernah mendapatkan penganutnya
daripada murid-murid nakal Malay College
KualaKangsar,Perak yang sering melanggar peraturan.

Golongan pelajar ini telah bertemu dengan seorang British setiapkali mereka 'mencuri keluar' dari asrama. Mereka sentiasa berlindung di rumah warga British tersebut dan disanalah
mereka didekati oleh Freemasonry.

Warga British berkenaan merupakan penganut veteran Freemasonry dan dia memperkenalkan anak-anak muda tersebut kepada gerakan rahsia itu dari A hingga Z.
Kebetulan,diMCKK sendiri terdapat golongan pengajar yang kebanyakannya warga Britain ketika itu merupakan pengikut Freemasonry.

Pengaruh Freemason di Malaysia


Kehadiran pengaruh Freemason di Singapura dipercayai dimulakan oleh seorang Residen Inggeris di Negeri-negeri Selat iaitu Sir Stamford Raffles. Kini Singapura cuba mengubah sejarah dengan meletakkan nama Stamford Raffles sebagai pengasas Singapura, bukannya Parameswara. Patung Stamford Raffles juga sekarang berdiri tegak di pulau singa itu.

Di semenanjung Tanah Melayu, lodge pertama dipercayai dibuka di Pulau Pinang pada 6 Disember 1806 dengan nama Lodge Neptune. Kemudian pada 27 Disember 1878, sebuah kuil khas untuk ahli Freemason dipercayai dibina di Pulau Pinang. Pada 14 April 1888 pula, golongan Freemason telah mengadakan mesyuarat pertama di Perak bersempena sambutan Jubli Perak.

Manakala di Kuala Lumpur, Lodge Freemason yang pertama mula bertapak pada 21 Oktober 1889 dengan nama Lodge Read . Selepas itu banyak lodge-lodge dibuka di Semenanjung Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat antaranya ialah :

1. Pada 9 Oktober 1909 di Klang, Selangor
2. Pada 6 Januari 1910 di Seremban, Negeri Sembilan
3. Pada 7 Disember 1910 di Melaka (Lodge Elliot)
4. Pada 2 Ogos 1916 di Sungai Petani, Kedah
5. Pada 14 Disember 1929 di Johor (Johor Royal Temple) 
6. Pada 10 Oktober 1931 di Ipoh, Perak (Lodge Tiger Lane)
7. Pada 6 Februari 1932 sebuah lagi Lodge dibina di Johor Utara
8. Pada 26 Januari 1951, sebuah lodge dibina di Kota Kinabalu, Sabah
9. Pada 2 2 November 1957, tiga bulan selepas merdeka, sebuah Lodge dibina lagi di Sandakan, Sabah
10. Pada 20 Februari 1960, sebuah Lodge ditubuhkan lagi di Kuala LUmpur dengan nama Sentosa       Lodge
11. Pada 31 Oktober 1964, sebuah Lodge ditubuh di Beaufort, Sabah
12. Pada 28 November 1964, Edward Holiday Lodge ditubuhkan di Kuala Lumpur
13. Pada 1 Julai 1967, seorang melayu Islam bernama Mustapa bin Osman dianugerahkan gelaran Grand Master Freemason. (mungkin orang melayu pertama terima gelaran tersebut)
14. Pada 10 Februari 1973, Fidelity Lodge ditubuhkan di Kuala Lumpur. 

Tuesday, 8 January 2013

Death Race 3 Inferno Free Download


Death Race 3: Inferno (also called Death Race 3 and Death Race: Inferno) is an upcoming action film sequel to Death Race 2 set for release in 2013.

Carl Lucas / Frankenstein has won four of his races and needs to win one more to win his freedom. Before his final race, Lucas and his team, car and all, are transferred to another prison where they will compete in a Death Race in the desert. Also, at the same time, Ceaser runs into a marketer who wants to franchise the Death Race program.







Falsafah dan Sains

PENDAHULUAN 

Falsafah merupakan induk atau asas kepada segala ilmu. Para ahli falsafah turut membahagikan falsafah kepada beberapa cabang ilmu utama iaitu epistemologi juga metafizika yang merangkumi ilmu ontologi, kosmologi, teologi metafizik dan antropologi. Selain itu, logika, etika, estetika dan falsafah tentang pelbagai disiplin ilmu juga adalah cabang falsafah yang ditonjolkan oleh para ahli falsafah. 

Dalam mencari hubungan antara falsafah dengan ilmu sains. Terlebih dahulu dapat disimpulkan bahawa ilmu sains merupakan salah satu bidang yang muncul berlandaskan kepada falsafah kerana falsafah adalah bersifat menyeluruh dalam kajiannya. 

Teori-teori dalam cabang ilmu falsafah iaitu epistemologi seperti teori fenomena, fiksyen, skeptisme dan realisme membantu menyelesaikan persoalan sains. Dalam huraian selanjutnya, akan dijelaskan sejauh mana hubungan antara falsafah dengan ilmu sains. 

FALSAFAH 

Definisi 


Pengertian falsafah dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada perkataan arab. Menurut Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah besar pada zaman Tamadun Islam perkataan arab tersebut berasal daripada perkataan Yunani yang apabila ditranskripsikan menjadi philosophia hasil gabungan frasa ‘philo’ dan ‘sophia’. Philosophia bermakna hasil kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebenaran, atau ilmu kecitaan kepada hikmah.

Dari sudut istilahnya pula, mengikut pendapat Russell (1946), falsafah adalah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains, Hal ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan. Manakala melalui pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

E. D. Miller dalam bukunya Question That Matter (1984), mendefinisikan falsafah sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Plato telah mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni malahan juga mengatakan bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebab-sebab dan asas-asas yang paling akhir daripada segala sesuatu yang ada.

Pada zaman Tamadun Islam, Al-Farabi (870-950) menegaskan falsafah sebagai ilmu mengenai kewujudan, yang tidak bercangggah dengan agama bahkan sama-sama memuja kepada kebenaran, yang bertujuan untuk mengetahui Yang Maha Esa. Ibnu Rusyd (1126-1198) mendefinisikan falsafah sebagai penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya sebagai jalan untuk menemui Maha pencipta segala ciptaan.

Cabang-Cabang Ilmu Falsafah 

The World University Encyclopedia membahagikan falsafah kepada beberapa cabang-cabang ilmu seperti sejarah falsafah, metafizika, epistemologi, logika, etika dan estetika. Selain itu, falsafah juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu falsafah sistematik dan sejarah falsafah.

Falsafah sistematik adalah bertujuan untuk membentuk dan memberikan landasan kepada pemikiran. Dalam bahagian ini meliputi gagasan ilmu berbentuk logik, metodologi, epistemologi, falsafah ilmu, etika, estetika, metafizika, teologi iaitu falsafah ketuhanan, falsafah manusia dan kelompok falsafah khusus seperti falsafah sejarah, hokum, komunikasi dan sebagainya.

Manakala sejarah falsafah adalah merupakan bahagian yang berusaha meninjau pemikiran falsafah sepanjang masa. Sejak dari zaman kuno sehingga zaman moden, bahagian ini meliputi sejarah falsafah Yunani atau Barat, India, Cina dan juga sejarah falsafah Islam. Pada zaman Tamadun Islam, ahli falsafah Islam seperti Al-Kindi dan Al-Farabi masing-masing mempunyai pendapat berbeza dalam pembahagian cabang falsafah.

Al-Kindi (796-873) telah membahagikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik yang merupakan peringkat terendah, sains matematik yang berkedudukan peringkat pertengahan dan yang terakhir sains ketuhanan yang merupakan peringkat tertinggi. Manakala Al-Farabi (870-950) membahagikan falsafah kepada dua cabang iaitu teori dan amali. Teori meliputi matematik, fizik dan metafizik manakala amali merangkumi ilmu akhlak atau etik.

Disamping itu, jika diperhatikan kebanyakan ahli falsafah dan tampak di dalam penulisan-penulisan mengenai falsafah sering kali membahagikan falsafah kepada lima cabang utama iaitu logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik. Pembahagian yang dibuat jelas tampakkan cabang falsafah dari pelbagai sudut.

Logik, adalah cabang falsafah yang menyelidik tentang pemikiran manusia. Logik adalah merupakan asa-asas yang menentukan pemikiran yang lurus, tepat dan sihat. Dengan mempelajari kaedah-kaedah logik diharapkan dapat menerapkan asas sehingga dapat membuat kesimpulan dengan tepat. Dalam pengertian yang sempit, logik ialah kajian terhadap prinsip-prinsip deduksi, kaedah-kaedah pembuktian dan juga kaedah demonstrasi.

Epistemologi, adalah bahagian falsafah yang membicarakan tentang terjadinya pengetahuan, sumber pengetahuan, bermulanya pengetahuan, batasan, sifat, metod dan kesahihan terhadap pengetahuan. Dalam membuat penyelesaian terhadap masalah berkenaan ilmu sains, epistemologi mengemukakan beberapa teori iaitu teori fenomena, fiksyen, skeptisme dan realism.

Metafizik, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang yang wujud atau membicarakan sesuatu di sebaliknya. Persoalan metafizik dibezakan menjadi tiga iaitu ontologi, kosmologi dan antropologi. Dalam bidang ilmu sains, metafizik menggunakan bahasa untuk menerangkan gambaran tentang struktur bahan yang dikaji. Teori ini penting dalam menerangkan ujikaji sains.

Etika, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku atau perbuatan manusia dalam hubungannya yang baik atau buruk manakala estetika pula adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang keindahan.

Walaupun banyak perbezaan pendapat mengenai pembahagian cabang ilmu falsafah. Namun begitu, kebanyakan ahli falsafah dan di dalam penulisan-penulisan mengenai ilmu falsafah, kebanyakannya membahagikan cabang falsafah kepada logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik. Jika diperhatikan, Cabang-cabang ilmu falsafah ini banyak membantu kepada penyelesaian masalah sains.

Ciri-Ciri Falsafah 


Menurut Drs. Suyadi MP dan Drs. Sri Suprapto Widodonongrat cirri-ciri falsafah adalah menyeluruh, mendasar dan spekulatif. Manakala Sunoto menyebutkan ciri-cirinya adalah deskriptif, kritikal atau analitikal, evaluatif atau normatif, spekulatif dan sistematik.


ILMU SAINS 

Definisi 

Frasa kata ‘sains’ boleh dilihat sudut pengertiannya dalam dua bentuk iaitu melalui sudut bahasa dan istilah. Ilmu sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘scientia’ yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dalam bahasa Melayu dan Indonesia, pada mulanya perkataan sains tidak begitu digunakan dan sebagai gantinya mereka memakai perkataan ‘ilmu’ sahaja. Sehingga kini dalam bahasa Arab dan Indonesia menggunakan perkataan ilmu dengan makna sains.

Pengelasan ilmu mengikut tradisi Islam amatlah berbeza daripada tradisi lain. Tidak hairanlah Rosenthal, mendapati ratusan takrif ilmu mengikut pelbagai mazhab dalam tradisi Islam. Takrif ilmu mengikut perspektif Islam masih mampu menarik perhatian sarjana Islam kontemporari seperti Syed Muhammmad Naquib Al-Attas yang telah memberi takrifan ilmu yang cukup tajalli (profound) apabila beliau menyatakan ‘ilmu’ secara espistemologi, dengan bersumberkan kepada tuhan sebagai sumber asalnya sehingga sampai makna ke dalam diri sendiri. Dengan acuan kepada diri sendiri sebagai pentafsir dan penerima.

Takrif sains yang popular, pertamanya sains adalah merupakan ilmu pengetahuan yang bersistem yang berdasarkan kepada cerapan, kajian, pengeksperimenan atau uji kaji dan sebagainya. Keduanya, sains juga berupa pengetahuan daripada nalaran atau taakulan, naakulan dan mantik gunaan. Selain itu, juga sains merupakan longgokan teknik, kemahiran, kebolehan berasas kepada latihan, disiplin dan pengalaman malahan sains juga berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah yang khusus yang dipraktikkan untuk mewujudkan tumpuan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Bidang-Bidang Ilmu Sains 

Ilmu Sains terbahagi kepada dua bidang ilmu iaitu ilmu sains sosial dan tulen. Sains Tulen (Natural Science) adalah merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi bidang ilmu astronomi, biologi dan perubatan, fizik, kimia, sains bumi dan juga sains komputer.

Sains Sosial pula adalah merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai kajian sosial. Bidang ini merangkumi bidang ilmu antropologi, ekonomi, ekologi, etimologi, komunikasi, linguistik, psikologi, sosiologi dan pendidikan.

Hubungan Falsafah dengan Sains 

Sains pada pada awalnya merupakan sebahagian daripada cabang falsafah kerana falsafah merupakan induk bagi segala ilmu pengetahuan yang ada. Falsafah dan sains mengalam perubahan dimana subjek sains dan falsafah itu telah berkembang dan mempunyai cabang-cabangnya tersendiri.

Oleh sebab itu, sebahagian dari subjek sains telah memisahkan diri daripada falsafah dan berdiri sebagai satu disiplin ilmu yang tersendiri sepertimana ilmu fizik, ilmu matematik, ilmu kimia dan ilmu mengenai biologi.

Sains dan falsafah masing-masing berperanan mencari ilmu pengetahuan.akan tetapi ilmu pengetahuan yang dapat diberi oleh sains terhad kepada fenomena ilmu fizik sahaja, manakala ilmu falsafah menghuraikan tentang hakikat disebalik alam fizik.

Persamaan Falasafah dan Sains

Falsafah dan sains sama membahaskan tentang suatu hakikat, akan tetapi kedua-dua hakikat itu adalah berbeza dari makna yang sebenarnya. Selain itu, falsafah dan sains akan menghasilkan sesuatu natijah dari apa yang dikaji dan kedua-dua tidak terpenagruh oleh mana-mana unsur luar yang boleh menggugat hasil kajian.

Objek material sains ialah alam dan manusia,objek material bagi falsafah juga perkara yang sama iaitu alam dan manusia tambah dengan perkara yang lainnya iaitu masalah ketuhanan. Sains menggunakan kaedah tersendiri mencari kebenaran tentang alam dan manusia serta apa yang ada didalamnya.

Falsafah juga menggunakn kaedah tersendiri pula hampiri pada kebenaran,baik tentang alam mahupun tentang manusia ( yang belum/tidak dapat dijawab oleh ahli sains kerana ianya berada diluar jangkaunya ataupun tentang masalah ketuhanan.

Perbezaan Falsafah dan Sains 
Bidang kajian sains tentang alam (al-kawn) dari sudut yang khusus dimana ahli dains mengkaji satu juzuk alam yang tertentu cabang-cabang tertentu contohnya tentang alam tumbuhan, planet, langit dan bumi dalam bentuk ilmu-ilmu cabang dari sudut sifatnya sahaja. Sedangkan falsafah membahasakan secra keseluruhan dengan pandangan yang menyeluruh (universal) dan kaiannya dari sudut pengertian dan maksudnya. 

Pengamatan sains adalah pengamatan dari sudut luaran sahaja iaitu apa yang dapat dirasai dan disaksikan sahaja. Sedangkan falsafah melihatnya dai sudut luaran hingga lah dari sudut dalaman zat itu.huraian sampai kepada hakikat yang wujud tersembunyi disebalaik yang zahir misalnya membicarakan dari sudut estetikanya dan akhlaknya.

Bagi sains, persoalan yang biasa diutarakan ialah “bagaimana/how” satu peristiwa yang berlaku. Bagi falsafah pula, persoalan yang biasa dikemukan ialah “kenapa/why”. Jawapan ahli falsafah lebih tinggi kerana menghuraikan sebab kejadiannya.

Sains hanya membicarakan tentang sebab-sebab yang hampir pada persekitarannya sahaja. Falsafah pula membicarakan tentang sebab ynag utama yang jauh dan menjadi pendorong sebab yang lain iaitu mengaitkan apa yang berlaku di alam fizik dengan alam metafizik.

Sains mencari kebenaran denagn jalan penyelidikan (research), pengalaman dan percubaan (experiment). Falsafah hampiri kebenaran dengan mengunakan akal budi secara radikal dan menyeluruh serta universal serta menggunakan pengamatan akal.

Sains sering membicarakan perkara-perkara yang sudah sedia ada seperti mengkaji penyakit HIV yang telah sedia ada. Manakala falsafah pula membicarakan perkara-perkara yang sepatutnya berlaku seperti ilmu mantik, akhlak dan estetika. 

Perkembangan sains terlalu cepat, banyak cabang ilmu dalam bidang sains ditemui serta banyak penemuan baru dicapai. Perkembangan falsafah amatlah perlahan kerana bebanan falsafah amatlah berat dan luas sekali bidangnya kerana falsafah adalah induk segala ilmu.

Bidang kajian sains berbeza dengan bidang kajian falsafah kerana bidang sains ialah alam tabi’i manakala bidang falsafah meliputi sains itu sendiri. Selain itu, kebenaran sains adalah kebenaran yang bersifat positif, manakala kebenaran falsafah adalah kebenaran yang bersifat spekulatif iaitu dugaan yang tidak dapat di buktikan secara empirik dan eksperimen.

Pendapat Ahli Falsafah Mengenai Hubungan Falsafah dan Ilmu Sains 

Walaubagaimanapun sains dan falsafah saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Dalam masalah ini Louis O. Kattsoff menulis antara lain beliau menyebut bahawa bahasa yang digunakan dalam falsafah dan sains dalam beberapa hal saling melingkupi. Namun begitu, bahasa yang digunakan dalam falsafah cuba untuk berbicara mengenai ilmu pengetahuan malahan apa yang harus diperkatakan oleh seorang ahli sains mungkin penting pula bagi seorang ahli falsafah.

Selain itu, beliau juga mengatakan falsafah dalam usahanya mencari jawapan terhadap pertanyaan pokok yang kita ajukan adalah harus memperlihatkan hasil-hasil sains. Sains dalam usaha untuk menemukan rahsia alam kudrat haruslah mengetahui anggapan kefalsafahan. Falsafah mempersoalkan istilah-istilah pokok daripada sains dengan suatu cara yang berada dari luar tujuan dan kaedah sains.

Sehubungan itu, Harold H. Titus menerangkan bahawa sains mengisi falsafah dengan sejumlah benda yang faktual dan deskriptif yang perlu dalam pembinaan falsafah. Sesungguhnya falsafah pula pada suatu masa yang cenderung untuk mencerminkan tinjaun ilmiah tersebut.

Dalam Islam tidak ada pertentangn antara sains, falsafah dan agama kerana sains dan falsafah yang benar ialah dari usaha manusia dengan kekuatan akal budinya yang relatif hasil untuk memahami kenyataan alam iaitu susunan alam. Pembahagian alam, bahagian-bahagian alam dan hukum (yang berlaku bagi) alam. Al-quran (ayat Al-Quraniyyah) adalah pembukuan segenap ayat alam semesta (ayat Al-Kauniyyah) dalam satu kitab. Kedua-dua ayat ini saling menafsirkan. Satu penafsiran terhadap yang lain tidak akan pernah berlawan, kerana ke dua-duanya berasal daripada Allah s.w.t, yang pertama firman Allah dan yang kedua ciptaan Allah s.w.t.

KESIMPULAN 

Setelah membuat beberapa kajian tentang hubungan ilmu falsafah dan ilmu sains dari pelbagai aspek. Jelaslah disini ilmu falsafah tidak boleh dipisahkan dengan ilmu sains. Biarpun ada beberapa hal yang membezakan, namun ia tidak memberi kesan kepada hubungannya.

Ahli sains mahupun ahli falsafah hendaklah memahami atau mendalami ilmu pengetahuan tentang kedua-dua bidang ini. Supaya ia tidaklah kelihatan bercanggah apabila membuat suatu kajian dan supaya ia lebih kelihatan sempurna.

Bagi menyempurnakan lagi suatu kajian itu perlulah dihubungkan dengan agama. Hal ini sangat penting bagi seorang muslin itu agar tidak terpesong dari pegangan akidah Islam itu seperti telah diakui oleh Sir James Jeans. Jelaslah bahawa jalan keluar daripada kebuntuan ini ialah dengan kembali kepada kebenaran dan kepada jalan Islam yang lurus. Tetapi kembali kepada Islam tidak bermakna kembali kepada Islam popular atau “Islam baka”.

Sejarah telah menunjukkan ada beberapa agama yang mengongkong ilmu pengetahuan dan akal. Bahkan dunia moden Barat yang lahir dari Renaissance persis adalah hasil perjuangan-perjuangan pahit menentang teologi Kristen yang menekan dan sempit. Sejarah demikian tidak boleh dan tidak akan diulang.

Agama Islam yang dimaksudkan adalah agama seperti yang diterangkan dalam ayat-ayat Quran yang telah disebutkan. Daripada ajaran-ajaran agama seperti inilah kita boleh mengembang dan menyempurnakan suatu falsafah saintifik yang utuh yang boleh menjadi landasan kuat kepada perkembangan sains sosial dan malah semua ilmu.

Secara ringkasnya, falsafah adalah merupakan suatu bidang ilmu yang besar dan merupakan induk kepada segala ilmu. Sekaligus meletakkan ia sebagai ilmu penting bagi semua ilmu. Kesimpulannya falsafah adalah diperlukan dalam bidang sains dan kedua-dua ilmu ini adalah saling berhubungan. Jadi hubungan antara falsafah dengan ilmu sains adalah wujud.




Haiwan pelik di dunia